Pameran Kerjaya telah diadakan sempena Minggu Teknik & Vokasional SMKTSS. Antara kolej yang terlibat adalah Managment Sciene Universiti,Shah Alam, KTC Johor Bahru, Kolej Profesional Mara, Bandar Penawar, Kolej Komuniti Bandar Penawar dan IKBN Bandar Penawar.
SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SMK TAMAN SERI SAUJANA
Friday, 29 June 2012
PANDUAN PENULISAN RESUME DAN TEMUDUGA
Panduan Penulisan Resume dan Temuduga telah diadakan di Dewan Peperiksaan SMKTSS.Pelajar terlibat adalah tingkatan 5 dan 4. Pensyarah jemputan dari MSU, Shah Alam telah menyampaikan ceramah tersebut. Terima Kasih kepada Cik Marlina dan Cik Nuruledia, MSU, Shah Alam.
Wednesday, 27 June 2012
HARI PELANGGAN SEK MEN VOKASIONAL 2012
SMK Taman Seri Saujana telah menghantar seramai 40 pelajar ting 3 untuk menyertai lawatan ke Sekolah Vokasional Kota Tinggi pada 28 Jun 2012. Pendedahan berkaitan dengan kemasukan ke Kolej Vokasional telah diperolehi oleh pelajar-pelajar ini. Diharapkan pelajar dapat berkongsi maklumat bersama dengan rakan-rakan yang tidak dapat menyertai lawatan sempena Hari Pelanggan Sek Men Vokasional 2012.
Terima kasih kepada Cik Noranizah Suratman, yang membantu menguruskan pelajar-pelajar.
PROGRAM OUT REACH PENDIDIKAN LANJUTAN PASCA SPM
Seramai 40 orang pelajar tingkatan 5, SMK Taman Seri Saujana telah terlibat dengan Program Out Reach Pendidikan Lanjutan Pasca SPM di Dewan SMK Tun Habab pada 26 Jun 2012 yang lepas. Tahniah kepada pelajar yang telah mendapat pengalaman dan pendedahan berkaitan kerjaya selepas SPM. Terima Kasih kepada Cik Noranizah dan En Roslan sebagai guru pengiring dan AJK Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Kota Tinggi.
Saturday, 23 June 2012
ARTIKEL 2 - PETUA PELAJAR CEMERLANG
Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah
Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
- Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
- Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
- kita ingat 10 % apayang dibaca
- kita ingat 20% apa yang didengar
- kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
- kita ingat 70% apa yang dicakapkan
- kita ingat 90% setelah dipraktikkan
- Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
- Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah)
- Belajar dalam persekitaran kondusif.
- pastikan cahaya adalah terang
- kurangkan gangguan bunyi
- tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
- tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
- kerusi dan meja menghadap kiblat
- jangan lupa untuk senyum
- Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
- Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
- Tahu teknik merangsang memori:
- memasukkan maklumat dalam memori (registration)
- menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
- mengingat kembali (recall)
- menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
- Sentiasa awal dan mendahului:
- persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
- pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
- belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
- untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
- Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
- Mempunyai teknik membaca yang betul:
- duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
- memberikan tumpuan sepanuhnya
- menggunakan jari telunjuk untuk membaca
- menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
- Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
- Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
- Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
- Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
- Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
- Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
- Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
- Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
- Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
- Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
- Tahu petua mengulang kaji
- cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
- siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
- duduk tegak dikerusi yang selesa
- baca doa penerang hati
- baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
- fikir dan ingat kembali isi utama
- catat/lakar
- semak semula ketepatan maklumat
- ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
- buat rumusan
- jawab soalan
- tampal maklumat yang rumit di dinding
- baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
- Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
- Tahu petua-petua agar tidak lupa:
- jangan makan kepala ikan
- jangan makan organ dalaman
- jangan minum semasa makan
- jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
- jangan melihat kemaluan
- jangan melihat buih
- jangan membaca nama pada batu nisan
- banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
- banyakkan makan kismis, kurma dan madu
- banyakkan makan kekacang
- pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
- jangan makan sehingga terlalu kenyang
- jangan kencing berdiri
- Tahu kemahiran mengingat:
- tampal nota-nota penting di dinding
- tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- gunakan kaedah akronim
- reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
- pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
- Cekap mengatur jadual belajar:
- mempunyai jadual belajar
- patuh kepada jadual
- buat jadual yang boleh diikuti
- Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
- Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
- Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
- Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
- Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
- Pelbagaikan tempat belajar.
- Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
- Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
- Ciri-ciri pelajar cemerlang:
- taat kepada Allah
- mendirikan sembahyang
- menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
- hormati & sayangi guru
- bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
- suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
- membantu rakan yang memerlukan
- berdoa dan bersyukur kepada Allah
- sentiasa bertawakal
- mahir dalam setiap mata pelajaran
Thursday, 10 May 2012
PERKAMPUNGAN ILMU PMR & MOTIVASI IBU BAPA
Program Perkampungan Ilmu PMR Fasa 1 hadiri oleh 76 pelajar ting.3 dan kehadiran ibu bapa dalam Slot Motivasi Bersama Ibu Bapa amat menggalakkan..Tahniah Pelajar...Kamu adalah JUARA..
Wednesday, 9 May 2012
Friday, 20 April 2012
ARTIKEL 1 - BAHAYA ZINA
ZINA merupakan kejahatan yang
sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri,
khususnya dan kepada seluruh umat amnya. Di zaman sekarang di mana banyaknya
saluran dan media yang berusaha menyeret kearah perbuatan keji ini, maka amat
perlu untuk setiap orang mengetahui bahaya dan akibat buruk yang timbul dari
dosa zina. Kita semua hendaklah lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak
terjerumus, hatta, walaupun hanya mendekatinya.
Di antara akibat buruk dan bahaya tersebut adalah :
1- Dalam zina terkumpul
bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si penzina,
hilangnya sikap wara’ (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan
hilangnya rasa cemburu.
2- Zina membunuh rasa malu,
padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan
perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.
3- Menjadikan wajah pelakunya
muram dan gelap.
4- Membuat hati menjadi gelap
dan mematikan sinarnya.
5- Menjadikan pelakunya selalu
dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak pernah merasa cukup dengan
apa yang diterimanya.
6- Akan menghilangkan kehormatan
pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.
7- Allah akan mencampakkan sifat
liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.
8- Pezina akan dipandang oleh
manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.
9- Zina mengeluarkan bau busuk
yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki ‘qalbun salim’ (hati yang
bersih) melalui mulut atau badannya.
10- Kesempitan hati dan dada
selalu meliputi para pezina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah
sebalik dari apa yang diingininya. Ini adalah kerana, orang yang mencari
kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan
yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan, dan Allah tidak menjadikan maksiat
sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan.
11- Penzina telah mengharamkan
dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak.
12- Perzinaan menyeret kepada
terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram,
berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. Bahkan boleh
membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina
biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya
dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.
13- Zina menghilangkan harga
diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang
berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.
14- Aib yang dicontengkan kepada
pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya,
kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya, namun dosa zina
akan benar-benar membekas dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku zina itu
bertaubat dan membersihkan diri dia akan masih merasa berbeza dengan orang yang
tidak pernah melakukannya.
15- Jika wanita yang berzina
hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya itu maka dia telah
berzina dan juga telah membunuh jiwa yang tidak berdosa . Jika dia ialah
seorang wanita yang telah bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan
membiarkan anak itu lahir maka dia telah memasukkan orang asing dalam
keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka
tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Amat mengerikan, naudzubillah min dzalik.
16- Perzinaan akan melahirkan
generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan (nasab). Di mata
masyarakat mereka tidak memiliki status sosial yang jelas.
17- Pezina laki-laki bererti
telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.
18- Zina dapat menyemai
permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang
telah berzina dengannya.
19- Perzinaan sangat
mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuh martabat di
mata masyarakat, sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak berani untuk
mengangkat muka di hadapan orang lain.
20- Perzinaan menyebabkan
menularnya penyakit-penyakit berbahaya seperti aids, siphilis, dan gonorhea
atau kencing bernanah.
21- Perzinaan menjadikan sebab
hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah
akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara terang-terangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)